Ladang Cili 🌶
Hi, Assalamualaikum.
Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit tentang Ladang Cili di Kolej Uniti yang baru mula beroperasi. Pengusaha Ladang Cili Kolej Uniti ni ialah Nur Hidayah. Ladang Cili ni pula mula beroperasi pada bulan September 2017 pada tahun lepas.
Pekerja yang bekerja dekat sini juga adalah pelajar pelajar Kolej Uniti. Lelaki dan juga perempuan. Waktu bekerja dekat ladang cili ni kira kira 8:30 pagi sampai 11:30 pagi. Untuk bahagian petang pula pada pukul 3 hingga 6. So, yeah bagi sesiapa yang tak tahan panas tu fikir fikirkanlah ye kalau nak kerja dekat sini. Takut nanti menangis sebab kena sunburn. Haaaa. Kan? Tapi, no worries lah untuk girls sebab boleh pakai sunblock kan? Sunblock? Hahahah. Tak relate pun dengan ladang cili tapi saja menambah. HIHI.
Bayaran yang akan dibayar untuk setiap 1 kilo adalah RM4.
Okay gambar dekat bawah ni ialah kawasan ladang cili tersebut :
Di bahagian hadapan ni bagi tanaman cili yang baru ditanam, yang belakang pula bagi yang dah mula berbuah.
Terdapat 2 jenis buah cili iaitu yang berwarna merah dan hijau
Tanaman cili ni bukannya sekejap tanam terus tumbuh tau ! Tapi, dia mengambil masa selama 2 bulan untuk keluarkan hasil. Sangat mudah untuk berbuah pada tanah yang sangat lembab dan tidak kering. Serta dengan menggunakan baja. Jadi, nak tanam cili tu kena dekat tempat yang strategik, okay ! Untuk dapatkan hasil yang bagus.
Itu sahaja daripada saya. Hehe. SEKIAN.
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment